JUN hingga November INSTEP Dalam kenangan...

Assalamualaikum... sape yang taknak masuk INSTEP.. INSTITUT TEKNOLOGI PETROLEUM PETRONAS.. hahaha.. kat sini akau tulis apa yang aku ingat sebab sepanjang aku kat sana mmg aku langsung lupa nak tulis dalam diari.. yela sonok sangat masuk INSTEP haaha

bermulanya aku melangkah masuk INSTEP yang bertempat di Batu Rakit Kuala Terengganu ditemani mak ayah aku masa mendaftar kat sana.. serta diberi baju dan kasut serta kelengkapan lain..

seminggu orientasi di INSTEP membuatkan kami mesra sesama kami kemasukan seramai 200 orang sahaja sebab itulah orang berpusu untuk menimba ilmu di sini.

tambahan pula dengan elaun yang diberikan setiap bulan, makan minum yang ditanggung 3 kali sehari siapa yang hendak menolak tawaran sebegini tinggal hanya kita saja yang mahu tau tak untuk mempelajari ilmu disini..

sepanjang aku disini, dengan kehadiran sahabat disisi seperti napie, jibeng, Chif, Sani, Yusran, Farid, Chun, Mansur dan lain2 saling bergurau dan bersama main waktu petang menjadikan sahabat seluruh negara menjadi satu. cuma pelajaran yang sepenuhnya berdasarkan bahasa english membuatkan aku termanggu serta terkedu bolehkah aku meneruskan perjuangan ini sedangkan pada tahun ini ramai senior yang gagal dan di tendang dari INSTEP disebabkan mendapat pointer bawah 2.0.

kesemua pelajaran mekanikal, elektrik, kimia,dan banyak lagi kecuali agama islam dalam bahasa english.. disebabkan masng2 buntu jadi penyelamat adalah kaedah meniru hahaha.. tapi disebabkan pengiraan markah berlainan dengan institut pengajian tinggi lain iaitu 30% PB dan 70% adalah final makin membuatkan aku kaku hinggalah hari terakhir final muka aku tetap pucat memikirkan nasib keputusan exam nanti seperti yang aku jangkkan habis disini sahaja dan keputusan akan dimaklumkan semasa cuti nanti.


21 Jun selamat tinggal stor...

hari ni ari terakhir aku kat SI COMEL sebab tak lama lagi aku dah nak gi INSTEP dah.. selamat tinggal warga stor kekadang mmg sayu sikit perasaan walaupon tak sampai sebulan tapi semangat persahabatan tu ada dalamjiwa same2 bekerja.. terutama duke la.. banyak mende aku ngn dia same2 buat dari tingkatan 3 aku ngn dia, sokmo la katekan aku ade benda nak buat kompem dia ade ngn aku mastermind pon mesti dia ngn aku n aku harap persahabatn ni sampai bila-bila..

lepas ni tak tahula sampai bila dia nak kije sini yang pnting balik aku kene jumpa dia nak talipon kita ni bukan anak lord kan hahaha.. sebelum balik tadi sempat jugak aku amik gambo dlm stor tu dengan cik su, Kak Ra, Sam gemok, Pokloh, Nazri n Man.. insyaAllah aku akan buat yang terbaik..
Alhamdulillah rezki aku kat INSTEP tiba masanya aku bnggakan makbapak aku..
 tido dulu sok nak buat persiapan plk esok.. doakan aku ye...

16 Jun Perkhabaran gembira buat aku..

dah separuh bulan aku kije kat sini, mula-2 mmg bes sebab aku kije dengan duke, mane2 pon same2, kije pon tak la penat sangat kije angkat barang dari store ke SI COMEL, kita ni terima arahan je.. kalu orn nak barang inform je sekejap je kita hantar,

penah satu hari tu semua barang aku dah angkut, tetiba masa tengah baik punya landing en. adam datang store nampak macam bengang la kitorang melepak macam takde kije, dah tu nak buat pe kalu dah takde ape nak antar kan.. dia pon panjat sini panjat sana amik barang and dengan tegasnya
"Angkat ini barang semua masuk dalam".. kami pon tanpa melengahkan masa semua barang dimasukkan dengan kadar segera dan pantas.. orang muda mane ade nak kije lambat2 lagipon bukan besar mana pon bukan MYDIN atau pon HOCK KEE SENG ha.. sampa yang tukan susun pon dah blur nak susun kat mane dah brg2 tu.. last2 panggil bawak masuk barag tu dalam stor balik..
kita ni kuli ikut je la hahahah..

tadi tengah2 syok angkat barang Nuar spupu aku datang kabo yang surat tawaran masuk INSTEP dah sampai n aku kene buat medical checkup secepat mungkin.. aku mintak kebenaran ngn en. adam pas tu gerak ngn adi.... malam td sempat jugak aku n duke habiskan masa main playstation kat cyber cafe depan SICOMEL hahaha semppat jugak tu..


 ahh ngn tuk nyerr.. nak todo dah.. adios wehhh