9 Nov.. Ari terakir persekolahan ku

tak mungkin bagi aku untuk meninggalkan saat terakhir ini di sekolah menengah ini
sekolah yang aku timba ilmu selama 5 tahun dan kali ini aku melangkah untuk menghadiri ahi persekolahan terakhir sebelum menempuh peperiksaan SPM.
   ramai member aku tak datang skolah pasal nak jalan2 kat bandar yang ade cuma sidi,peja, yus dan pizi je lelaki. kesempatan yang ade ni aku amik alamat semua guru-guru aku untuk aku kenang kembali saat kenakalan aku nanti bersama guru-guru.
   sesambil masa yang ade ni aku pusing satu skolah, aku tolong cikgu tanpal no giliran kat meja, sembang2 ngn member lain yang ada. cikgu bagi balik awal hari ni, lepas puas tenung wajah-wajah kesayangan aku melangkah dengan perasaan hampa.. hampa untuk meninggalkan alam persekolahan yang mana wujud satu ikatan kasih sayang persahabatan yang terjalin sekian lama aku harapkan semoga persahabatan kekal hingga keakhirnya. aku pernah berjanji dengan sahabat karib aku yang suatu masa nanti kita pakat sama-sama berkhemah sambil bakar ayam kat pantai.. waktu itu akan kami tunggu insyaAllah.
    langkah aku terhenti saat aku hampir melewati pagar utama. aku paling dan pandang sekolah aku..
automatik kenagan dari zaman ting 1 hingga 5 tersusun dalam kepala, dah macam ada satu cerita dlam kepala aku.. sebelum aku melangkah keluar aku pandang sekali lagi sambil bergenang mata aku dan aku ucap

"duhai warga sekolah jika ada salah aku maafkanlah dan jika ada salah kamu aku maafkan semuanya. terima kasih sebab menjadikan aku manusia"

9 nov... ari terakhir persekolahanku...


8 nov... 2 hari sebelum ari terakhir..

assalamualaikum..
masa makin pantas berlari tanpa perlu berhenti untuk memberi ruang untuk bersama sahabat lagi. barulah terasa diri ini terlalu cintaka alam yang satu ini sebab selepas ini alam persekolahan ini akan terus berlalu untuk aku lalui alam yang seterunya.
   pepagilagi kami diarahkan untuk ke dewan perhimpunan untuk mendengar taklimat terakhir dari cikgu-cikgu.. paling bes dari cikgu aziz.. SUSAH TAPI BOLEH.. sebuah kata-kata hikmat yang akan aku pegang sampai bila-bila. selepas  selesai kami bersalam dengan semua guru yng mengajar kami serta pelukan terakhir dari guru. sedar tak sedar keluar jugak air mata jantan aku.
   masuk kekelas kitorang saling bertukar alamat.. tapi macam biasa aku n member aku yang memang pemalu tak sanggup nak mintak alamat hahaha.
   masa yang ada aku pusing satu sekolah sesape aku jumpa tak kira member atau guru aku minta maaf jika ada terkata, terkutuk, terkentuk hahaha.. semua member yang aku jumpa harap lepas ni tegur jika berjumpa walaupon sudah beranak pinak...


4 nov .....

hari ni pagi2 dah siap.. walaupon hari sabtu aku tetap bersemangat nak gi skolah tautak pasal pe.. ada jamuan kat perpustakaan sekolah.. aku sebagai naib pengerusi perpustakaan sekolah mmg aku wajib hadir haha. lagipon ni jamuan perpisahan..
  terigat dulu mase form 1 nak jadi pengawas pustak sebab pak sedara aku form5 pon jadi gak so aku pinjam baju n seluar dia lepas tu hinggalah form 5 aku stil jadi pengawas pustaka n mcm2 jenis org aku jumpa dalm pustaka hahaha
   sebelum buat jamuan kenela kemas pustaka dulu biar cantik sikit nanti nk amik meja nak susun makanan plak. aku buju n fariq bersiap nak gi amaik nasik sampai umah dia nasik tak siap lagi kene tunggu dorang sampai untuk hantar makanan.
   lepas selesai makn kitorang amik gambar mase tu jgk kelakar tgok fariq hepi gile mase tersentuh tngn nadia.. peh sonok kitorg jadi pengawas selama lima tahun. mase form 2 dulu aku penah menang no 3 pertandingan buku scrap haha. lepaih selesai semua dalam pukul dua petang kitorang balik umah masing2... baii