SPM 2000

SPM... satu tiket untuk menuju kearah kecemerlangan mase depan.. aku bermula dengan suatu yang susah bagi aku, setaraflah dengan apa yang aku usahakan selama ini bukan aku tak belajar, bukan aku tak pergi tuisyen tapi mgkin kadar usaha aku yang tak seberapa ni...

    dengan sedikit ilmu yang aku usaha selama ini aku cuba menjawab soalan penentu masa depan aku ini sebaik yang mungkin, terasa kepayahan untuk mengorek dan memikirkan sesuatu yang aku kurang fokus dalam kepala aku ni hendak keluarkan 50% pon berpeluh ketiak aku ni. Tambahan lagi Sejarah yang sepatutnya Fakta-fakta dan tarik penting perlu aku selitkan pada soalan-soalan esei pada kertas dua. aku cuma yakin pada kertas Lukisan kejuruteraan yang mana aku minat selama disekolah ini dan 100% aku berikan. kekadang semasa stadi larut malam bilamana nak menghadapi exam keesokan hari aku berangan utuk terbang kemasa lalu untuk aku ingatkan "aku" dulu yang lagha.. tapi ini jalan yang aku pilih...

sudahnya.... tiada sebarang huruf "A" yang boleh aku banggakan, yang boleh membawa aku ke suatu mercu.....