8 nov... 2 hari sebelum ari terakhir..

assalamualaikum..
masa makin pantas berlari tanpa perlu berhenti untuk memberi ruang untuk bersama sahabat lagi. barulah terasa diri ini terlalu cintaka alam yang satu ini sebab selepas ini alam persekolahan ini akan terus berlalu untuk aku lalui alam yang seterunya.
   pepagilagi kami diarahkan untuk ke dewan perhimpunan untuk mendengar taklimat terakhir dari cikgu-cikgu.. paling bes dari cikgu aziz.. SUSAH TAPI BOLEH.. sebuah kata-kata hikmat yang akan aku pegang sampai bila-bila. selepas  selesai kami bersalam dengan semua guru yng mengajar kami serta pelukan terakhir dari guru. sedar tak sedar keluar jugak air mata jantan aku.
   masuk kekelas kitorang saling bertukar alamat.. tapi macam biasa aku n member aku yang memang pemalu tak sanggup nak mintak alamat hahaha.
   masa yang ada aku pusing satu sekolah sesape aku jumpa tak kira member atau guru aku minta maaf jika ada terkata, terkutuk, terkentuk hahaha.. semua member yang aku jumpa harap lepas ni tegur jika berjumpa walaupon sudah beranak pinak...