hari ini 14 mei 2013.... ade ke??

     hari ini aku tertanya-2 adakah ada orang yg ingin membaca kisah aku, dan aku tak mahu di labelkan syok sendiri, mungkin bagi aku semasa aku mula membina blog aku ini bermakna aku telah bersedia mendedahkan kisah hidup aku sepertimana yang aku bayangkan suatu masa dahulu ketika aku mula menulis diari kisah hidup aku dimana-mana buku yang aku jumpa hingga aku terlupa aku menulis dihelaian buku yang mana.. mungkin aku telah membakarnya hahah.
    aku cuma bayangkan agar terdapat segelintir sahabat yang suka membaca kisah orang lain dan kadangkala pengalaman yang hampir sama kita tempuhi cuma cara masalah itu datang serta penyelesaian berlainan cara.
    aku suka membaca buku kisah hidup seperti yang diterbitkan oleh brader Aie dan Tembakau, karya hasil dari pengalaman hidup. mana tahu suatu hari nanti aku berpeluang menghidupkan watak aku dengan cara yang sama.
     dan aku harap sahabat memahami yang segala yang aku larikkan di blog aku ini bukan lah untuk memalukan diri aku sendiri dan teman -teman ku cuma sekadar perkongsian sebuah cerita agar dapat aku kenang suatu hari nanti..
      kepada sahabat pembaca terima kasih kerana sudi menjengah blog ini.
terima kasih kalian...

No comments :